Alumni    •    Vacancy

160 PESERTA SERTAI BENGKEL SEMAKAN PRESTASI PELAN STRATEGIK UUM 2022

WhatsApp Image 2022 08 09 at 11.33.41 AMUUM ONLINE: Seramai 160 peserta menyertai Bengkel Semakan Prestasi Pelan Strategik UUM 2022 yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, di EDC-UUM pagi tadi.

Beliau dalam ucapannya berkata, bengkel ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan agar universiti ini sentiasa berada di landasan yang tepat dengan penyertaaan daripada semua peringkat kepimpinan bagi memastikan UUM terus melonjakkan pencapaian prestasi universiti.

“Saya yakin dan percaya dengan penglibatan dan penyertaan dari pelbagai peringkat iaitu ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, merangkap ahli Jawatankuasa Teras, Dekan-dekan, Timbalan-timbalan Dekan, Pegawai-pegawai Tadbir Pusat Pengajian dan Pusat Tanggungjawab ini akan memacu kampus ini ke arah pencapaian yang lebih gemilang nanti,” ujar beliau lagi.

Haim Hilman menambah universiti ini bukan sahaja mampu cemerlang dari segi pencapaiannya tetapi dengan jiwa perjuangan di kalangan staf yang bekerja di sini juga pasti UUM akan menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara.

Bengkel selama dua hari ini dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Perancangan Korporat dan Pejabat Pengurusan Risiko.

Moga penelitian semula indikator-indikator yang telah dirangka bagi Pelan Strategik UUM Fasa III ini melalui perkongsian pandangan dan cadangan baharu dari kepakaran yang ada di kalangan semua peserta bengkel ini dapat mengangkat nama UUM dipersada dunia nanti.

Antara isu utama diketengahkan dalam bengkel ini adalah untuk perhalusi secara serius berkenaan reputasi akademik, reputasi majikan, penerbitan dan sitasi.

Faktor-faktor ini merupakan pendorong terbesar kepada markah ranking bagi QS dan THE apabila ia menyumbang kepada 70% dari markah keseluruhan ranking itu sendiri manakala bagi subject rankings QS pula, 100% markah adalah meliputi indikator ini.